Yayasan Afdlin Shauki



Mission:

Penubuhan YAS telah diluluskan pada 28 Disember 2015 dan diasaskan oleh Tuan Haji Afdlin Shauki Aksan. Tiga pemegang amanah yang dipertanggungjawab untuk YAS ialah Tuan Azrin Ahmad Kadri, Tuan Noradyman Md Sulaiman dan Tuan Aizam Syamsul Aksan.

Kelebihan membantu orang yang memerlukan sewaktu kita sendiri dalam kesusahan:


Mari kita mula walau sekecil mana sekalipun dengan menyebarkan kepercayaan, kasih sayang dan kedermawanan kepada sesama manusia dan mari kita bina masyarakat yang saling menyayangi dan cakna kepada keperluan sesama kita.

Itulah tujuan utama YAS atau Yayasan Afdlin Shauki di asaskan berdasarkan pengalaman kami merata dunia dan di Malaysia sendiri menyaksikan dan berkerjasama banyak yayasan-yayasan lain yang bekerja keras membantu dari orang gelandangan, ke anak-anak yatim, ke pesakit-pesakit terminal, ke orang kurang upaya dan banyak lagi.

- Bantuan kemanusian kepada mangsa perang di Palestin
- Bantuan kemanusian musim sejuk kepada mangsa pelarian Syria di Jordan
- Bantuan kemanusian kepada mangsa pelarian Syria di Lubnan
- Penyerahan bantuan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur
- Penyerahan Van Toyota Hi Ace kepada rumah anak yatim di Selayang
- Bantuan kemanusian kepada mangsa banjir di Kelantan
- Majlis berbuka puasa bersama anak yatim
- Majlis berbuka puasa bersama warga kurang upaya
- Bantuan kemanusian kepada pelarian Rohingnya di Bangladesh

Donate now


Awards:

For more information, contact us at [email protected] or via phone +603-2011 8088